Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Pemeriksaan orang yang tahu tentang kes
(2)
Orang yang diperiksa oleh Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh Datuk Bandar atau pegawai diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya cenderung untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
(3)
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhan atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan.
(4)
Datuk Bandar atau pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah seksyen ini hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3).
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 626
(5)
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, seboleh-bolehnya, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap ibu jarinya selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Kuasa penangkapan