Malaysia legislation

Section 24

of *AKTA HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003

Seksyen 24

(2)

Mahkamah yang di hadapannya pendakwaan apa-apa kesalahan di bawah

Akta ini telah diadakan, hendaklah memerintahkan pelucuthakan mana-mana buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita berkaitan dengan kesalahan itu jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

(3)

Jika dibuktikan hingga mahkamah berpuas hati bahawa tiada kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan atau bahawa kesalahan itu telah dilakukan tetapi buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu bukanlah hal perkara bagi atau telah tidak digunakan dalam melakukan kesalahan itu, mahkamah itu boleh memerintahkan pelepasannya.

(4)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita dalam menjalankan

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 626

mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan setelah tamat tempoh dua minggu dari tarikh penyitaannya melainkan jika suatu tuntutan telah dibuat baginya sebelum tempoh dua minggu itu habis mengikut cara yang diperuntukkan dalam subseksyen (5).

(5)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dialah pemunya mana-mana buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita di bawah Akta ini dan bahawa buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu tidak boleh dilucuthakkan boleh sama ada sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis olehnya, memberikan notis bertulis kepada Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa mengenai tuntutannya.

(6)

Apabila diterima suatu notis di bawah subseksyen (5), Datuk

Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa hendaklah, selepas apa-apa siasatan yang perlu, mengarahkan supaya buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu dilepaskan atau merujukkan kes itu kepada Majistret bagi keputusannya.

(7)

Majistret yang kepadanya kes itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dialah pemunya buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita itu dan orang yang daripadanya buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu disita hadir di hadapannya dan apabila dia hadir atau ingkar untuk hadir, setelah penyampaian wajar saman dibuktikan, Majistret itu hendaklah terus memeriksa kes itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah

Akta ini dan bahawa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu dilucuthakkan atau, jika tiada bukti sedemikian, hendaklah memerintahkan supaya buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu dilepaskan kepada orang yang berhak kepadanya.

(8)

Semua buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang dilucuthakkan di bawah subseksyen (2) atau (4) hendaklah

Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 21

diserahkan kepada Datuk Bandar atau seseorang pegawai diberi kuasa, yang hendaklah melupuskannya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Datuk Bandar.

Benda atau barang yang mengikut tabiinya lekas rosak

Section 24 — HOTELS (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) ACT 2003