Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003

Seksyen 27

Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh mana-mana pekhidmat atau ejen mana-mana pemegang lesen, atau oleh mana-mana pekhidmat atau ejen pemunya atau penghuni sesuatu hotel yang tidak berlesen, maka pemegang lesen, pemunya atau penghuni itu hendaklah disifatkan telah juga melakukan kesalahan itu melainkan jika, setelah mengambil kira segala hal keadaan, dia membuktikan—

(a)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, keizinan atau pembiarannya; dan

(b)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan