Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 626
“Datuk Bandar” ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah seksyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190];
“hotel” ertinya mana-mana premis di mana—
(a)
orang diberi tempat berlindung atau menginap untuk apa-apa jenis sewa atau ganjaran; dan
(b)
bilik-bilik dilengkapi oleh pemunya, penerima pajak, penyewa utama, penghuni atau pengurus premis itu untuk kegunaan domestik bagi orang yang diberi tempat berlindung atau menginap itu, tetapi tidaklah termasuk—
(aa) mana-mana premis di mana aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) sedang dijalankan oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana
Negeri atau mana-mana badan berkanun yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang bertulis;
(bb) mana-mana kemudahan jagaan kesihatan persendirian, pusat jagaan kanak-kanak atau pusat jagaan yang penubuhan atau pengendaliannya dikawal atau dikawal selia di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain;
(cc)
mana-mana asrama yang ditubuhkan oleh atau bagi pihak mana-mana institusi pendidikan swasta atau institusi pendidikan tinggi swasta dan dikawal atau dikawal selia di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain; atau
(dd)
mana-mana premis yang disewakan atas dasar tuan rumah dan penyewa;
“hotel berlesen” ertinya hotel yang berkenaan dengannya suatu lesen sedang berkuat kuasa;
“lesen” ertinya lesen yang diberikan di bawah seksyen 4 atau lesen sementara yang diberikan di bawah seksyen 8;
Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 7
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
“orang” termasuklah sesuatu kumpulan orang, diperbadankan atau tak diperbadankan, sesuatu usaha sama atau amanah;
“pemegang lesen” ertinya seseorang yang diberi lesen;
“penghuni” ertinya orang yang menghuni premis yang berkenaan dengannya perkataan itu digunakan, atau yang bertanggungjawab bagi, mengurus atau mengawal premis itu sama ada untuk dirinya sendiri atau sebagai ejen seseorang lain tetapi tidaklah termasuk penginap;
“syarat” atau “sekatan”, apabila digunakan berkaitan dengan lesen, ertinya sesuatu syarat atau sekatan yang dikenakan di bawah subseksyen 4(4).