Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh—
(a)
mengadakan peruntukan bagi tatacara pelesenan hotel, penggantungan dan pembatalan lesen yang diberikan di bawah Akta ini, borang yang hendaklah digunakan dan fi yang hendaklah dibayar berkenaan dengan lesen itu;
(b)
mengawal selia pengurusan dan kawalan hotel berlesen;
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 626
(c)
mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang yang menginap di hotel berlesen dan pelawat di dalam bilik mereka dan pekhidmat dan ejen hotel berlesen;
(d)
menetapkan kesalahan yang boleh dikompaunkan dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan itu;
(e)
mengadakan peruntukan bagi pemeriksaan hotel berlesen dan kebersihannya; dan
(f)
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Datuk Bandar bagi maksud Akta ini.
Pemansuhan