Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003

Seksyen 3

(2)

Tiada seorang pun boleh menguruskan sesuatu hotel melainkan jika hotel itu ialah suatu hotel berlesen.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan boleh sebagai tambahan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 626

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

seseorang yang merupakan pemunya, penerima pajak, penyewa utama, penghuni atau pengurus mana-mana premis yang digunakan sebagai hotel boleh, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai mengendalikan hotel itu; dan

(b)

mana-mana orang yang pada masa itu terlibat dalam pengurusan atau mengawal hotel itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai menguruskan hotel itu.

Permohonan untuk mendapatkan lesen dan pemberian lesen

Section 3 — HOTELS (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) ACT 2003