Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(2)
Lesen sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
adalah sah bagi tempoh enam bulan dari tarikh dikeluarkan.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 626
(3)
Tertakluk kepada subseksyen (4), tempoh kesahan sesuatu lesen sementara boleh dilanjutkan selama tempoh enam bulan atas permohonan yang dibuat secara bertulis oleh pemohon pada atau sebelum tamat tempoh yang pertama tetapi tidak boleh dilanjutkan lagi.
(4)
Jika permohonan bagi mendapatkan suatu lesen di bawah seksyen 4 telah ditolak oleh Datuk Bandar di bawah subseksyen 4(2), lesen sementara itu tidaklah sah lagi.
(5)
Fi yang boleh dikenakan bagi sesuatu lesen sementara atau perlanjutannya hendaklah dua kali fi yang kena dibayar di bawah subseksyen 4(3).
(6)
Pemegang sesuatu lesen sementara mempunyai hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sama seperti seseorang pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 4.
Lesen hendaklah dipamerkan dan dikemukakan