Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA LATIHAN KHIDMAT NEGARA 2003

Seksyen 15

Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan

Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi Ketua Pengarah arahan, yang selaras dengan Akta ini, tentang penjalanan kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada Ketua Pengarah, dan kewajipan yang dikehendaki supaya ditunaikan oleh Ketua Pengarah, di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan

14

Undang-Undang Malaysia AKTA 628

yang dibuat di bawah Akta ini berhubung dengan semua perkara yang pada pandangannya menyentuh perkara yang mengenai latihan khidmat negara, dan Ketua Pengarah hendaklah memberikan kuat kuasa kepada semua arahan itu.