Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(2)
Mana-mana orang yang memujuk, berikhtiar untuk memujuk, mendapatkan atau cuba untuk mendapatkan mana-mana orang yang sedang menjalani latihan khidmat negara di bawah Akta ini supaya tidak hadir tanpa kebenaran melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(3)
Tiap-tiap orang yang sedang menjalani latihan khidmat negara yang memujuk, berikhtiar untuk memujuk, mendapatkan atau cuba untuk mendapatkan mana-mana orang lain yang sedang menjalani latihan khidmat negara di bawah Akta ini supaya tidak hadir tanpa kebenaran melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.