Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA LATIHAN KHIDMAT NEGARA 2003

Seksyen 23

Yang di-Pertuan Agong, jika berpuas hati pada bila-bila masa bahawa perlu demi kepentingan negara atau kepentingan awam untuk berbuat demikian, boleh dengan perintah—

(a)

membatalkan semua atau mana-mana perakuan penangguhan yang diberikan menurut permohonan di bawah seksyen 20 dan

18

Undang-Undang Malaysia AKTA 628

yang berkuat kuasa pada tarikh perintah itu, sama ada secara am atau berhubung dengan kategori orang yang ditentukan atau berhubung dengan seseorang individu; dan

(b)

mengurungkan, sama ada secara am atau berhubung dengan kategori orang yang ditentukan, apa-apa hak untuk memohon pemberian perakuan penangguhan di bawah seksyen itu, dan Yang di-Pertuan Agong boleh, dengan perintah, mengubah atau membatalkan apa-apa perintah yang berkuat kuasa di bawah seksyen ini, tanpa menjejaskan, walau bagaimanapun, kuat kuasa perintah itu sebelum itu.