Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(2)
Tiada majikan boleh—
(a)
membuat atau menyebabkan supaya dibuat apa-apa potongan daripada gaji, saraan lain atau cuti tahunan orang itu; atau
(b)
mengenakan atau menyebabkan supaya dikenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti, atas sebab ketidakhadirannya untuk bekerja dalam tempoh itu.
(3)
Mana-mana majikan atau orang lain yang—
(a)
secara langsung atau tidak langsung enggan, atau dengan menakut-nakuti, pengaruh tidak wajar, atau dengan apa-apa cara lain, mengganggu pemberian tempoh cuti kepada mana-mana orang di bawah subseksyen (1); atau
Latihan Khidmat Negara 19
(b)
melanggar subseksyen (2), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada dua kali ganda gaji dan saraan lain yang kena dibayar kepada orang itu selama tempoh dia dipanggil untuk menjalani latihan khidmat negara atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua bulan atau kedua-duanya; dan Mahkamah yang mendapati mana-mana majikan bersalah atas suatu kesalahan di bawah subseksyen ini hendaklah memerintahkannya membayar kepada orang itu gaji dan saraan lain yang kepadanya dia berhak selama tempoh latihan khidmat negara itu.
(4)
Seksyen 432 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], kecuali perenggan (1)(d), hendaklah terpakai bagi mendapatkan semula wang yang kena dibayar kepada pekerja itu di bawah subseksyen (3).
(5)
Seksyen ini hendaklah mengikat Kerajaan Malaysia dan Kerajaan setiap Negeri.
(6)
Jika terdapat ketidakselarasan antara peruntukan seksyen ini dengan peruntukan mana-mana undang-undang lain, peruntukan seksyen ini hendaklah mengatasi peruntukan undang-undang lain itu.