Malaysia legislation

Section 26

of *AKTA LATIHAN KHIDMAT NEGARA 2003

Seksyen 26

(2)

Dalam tempoh seseorang pegawai awam atau pegawai atau pekhidmat sesuatu badan berkanun berkhidmat sebagai jurulatih dia hendaklah terus menerima saraan sebagai pegawai awam atau pegawai atau pekhidmat badan berkanun itu.

(3)

Kerajaan boleh membuat perkiraan dengan Kerajaan sesuatu Negeri atau sesuatu badan berkanun berhubung dengan perkhidmatan seseorang pegawai awam dalam perkhidmatan awam Negeri itu atau seseorang pegawai atau pekhidmat badan berkanun itu sebagai jurulatih di bawah Akta ini, termasuk saraan yang kena dibayar kepada pegawai awam itu atau pegawai atau pekhidmat badan berkanun itu.

(4)

Jika seseorang yang bukan pegawai awam atau pegawai atau pekhidmat sesuatu badan berkanun menjadi bertanggungan untuk berkhidmat sebagai jurulatih menurut notis di bawah seksyen 25 bekerja, peruntukan seksyen 24 hendaklah terpakai berhubung dengan pekerjaannya.

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), Kerajaan boleh membuat perkiraan dengan majikan orang yang disebut dalam subseksyen itu berhubung dengan penggajian orang itu, termasuk perkara berkaitan dengan saraan yang boleh dibayar kepada orang itu.

Latihan Khidmat Negara 21