Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(a)
mencacatkan atau mencederakan mana-mana orang yang bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara; atau
(b)
memberikan apa-apa dadah atau bahan lain kepada orang itu, dengan niat dalam mana-mana hal itu untuk menimbulkan pada orang itu apa-apa kehilangan upaya atau yang tampak sebagai kehilangan upaya dan dengan itu menjejaskan kesesuaian atau yang tampak sebagai kesesuaiannya untuk dipanggil menjalani latihan khidmat negara sama ada secara am atau atas apa-apa sifat tertentu, melakukan suatu kesalahan.
(2)
Mana-mana orang yang dengan disedarinya membuat apa-apa pernyataan palsu mengenai keadaan kesihatan semasa atau lampau mana-mana orang yang bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara dengan niat supaya orang itu dianggap tidak sesuai untuk latihan khidmat negara, melakukan suatu kesalahan.
(3)
Mana-mana orang yang bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara yang mencacatkan atau mencederakan dirinya sendiri atau memberi dirinya sendiri apa-apa dadah atau bahan lain, dengan niat dalam mana-mana hal itu untuk menimbulkan pada dirinya sendiri apa-apa kehilangan upaya dan dengan itu menjejaskan kesesuaian atau yang tampak sebagai kesesuaiannya untuk latihan khidmat negara, sama ada secara am atau atas apa-apa sifat tertentu, melakukan suatu kesalahan.
(4)
Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun.
(5)
Mana-mana orang yang bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara hendaklah apabila disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (3) diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.
22
Undang-Undang Malaysia AKTA 628
Pernyataan palsu dan pemalsuan