Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA LATIHAN KHIDMAT NEGARA 2003

Seksyen 4

Akta ini memperuntukkan selainnya, tiap-tiap orang yang—

(2)

Jika mana-mana orang yang, pada tarikh proklamasi di bawah seksyen 3, dikecualikan di bawah subseksyen (1) daripada tanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara terhenti daripada dikecualikan sedemikian, dia hendaklah apabila terhenti sedemikian bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara.

(3)

Jika terdapat keraguan atau pertikaian sama ada mana-mana orang dikecualikan menurut kuasa subseksyen (1) daripada tanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara, beban untuk membuktikan bahawa dia dikecualikan hendaklah terletak pada orang yang menuntut pengecualian itu.

(4)

Majlis boleh, atas permohonan orang yang dikecualikan di bawah subseksyen (1), mengeluarkan suatu perakuan yang menyatakan bahawa orang itu dikecualikan sedemikian.

10

Undang-Undang Malaysia AKTA 628