Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(2)
Seseorang anggota Majlis boleh meletakkan jawatannya melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri.
(3)
Yang di-Pertuan Agong, atas syor Menteri, boleh membatalkan pelantikan anggota Majlis.
(4)
Jawatan seseorang anggota Majlis menjadi kosong—
(a)
jika dia mati;
(b)
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan;
(c)
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai seorang anggota Majlis atau selainnya, sedemikian rupa sehingga memburukkan nama Majlis;
(d)
jika dia menjadi bankrap;
(e)
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
(f)
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;
12
Undang-Undang Malaysia AKTA 628
(g)
jika peletakan jawatannya diterima oleh Yang di-Pertuan Agong;
atau
(h)
jika pelantikannya dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Elaun