Malaysia legislation

Section 51

of AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Seksyen 51

Remedi nakhoda untuk saraan, pembayaran dan tanggungan

Nakhoda sesuatu kapal layar Langkawi hendaklah mempunyai lien yang sama, untuk saraannya dan semua pembayaran atau tanggungan yang dibuat atau ditanggung olehnya dengan sepatutnya oleh sebab kapal layar itu, seperti lien yang dipunyai oleh seseorang anak kapal bagi upahnya.

Sekatan penyerahhakan dan gadaian ke atas upah 51A. Berkenaan dengan upah yang genap masa atau terakru kepada seorang nakhoda atau anak kapal yang diambil kerja di atas suatu kapal layar Langkawi—

(a)

upah itu tidak boleh tertakluk kepada penahanan;

(b)

suatu penyerahhakan upah sebelum ia terakru tidak terikat kepada nakhoda atau anak kapal itu, dan pembayaran upah kepada nakhoda atau anak kapal itu hendaklah sah walaupun apa-apa penyerahhakan atau gadaian yang terdahulu; dan

(c)

suatu surat kuasa wakil atau kuasa bagi penerimaan upah itu tidak boleh menjadi tidak batal.

DOKUMEN DAN PENYATA