Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
Dokumen pengenalan anak kapal
(1)
Tiap-tiap anak kapal yang diambil kerja di atas sesuatu kapal layar Langkawi hendaklah memiliki suatu dokumen pengenalan anak kapal yang sah yang dikeluarkan mengikut peraturan-peraturan.
(1A)
Sesuatu permohonan untuk dokumen pengenalan anak kapal hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan, dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.
(2)
Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 54, “anak kapal”
termasuk nakhoda kapal layar Langkawi.