Malaysia legislation

Section 9

of AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Seksyen 9

Permohonan untuk pendaftaran

(1)

Permohonan untuk pendaftaran sesuatu kapal layar hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah mematuhi syarat yang ditetapkan.

(2)

Tiap-tiap permohonan untuk pendaftaran hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

(3)

Ketua Pengarah boleh mendaftarkan kapal layar itu dan hendaklah mencatatkan dalam Daftar Kapal Layar butir-butir yang ditetapkan.

Pendaftaran sementara semasa pemindahan hakmilik pemunyaan kapal layar atau bahagian 9A. (1) Sesuatu permohonan untuk pendaftaran sementara sesuatu kapal layat semasa pemindahan hakmilik pemunyaan kapal layar itu atau sesuatu bahagian mengenai kapal layar itu boleh, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan, dibuat kepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(2)

Apabila sesuatu kapal layar didaftarkan sementara, Ketua

Pengarah hendaklah mengeluarkan berkenaan dengan kapal layar

Undang-Undang Malaysia

AKTA 630 16

itu suatu perakuan pendaftaran sementara dalam borang yang ditetapkan.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan—

(a)

sesuatu kapal layar yang didaftarkan di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai suatu kapal layar

Langkawi; dan

(b)

apa-apa rujukan tentang “pemunya” dalam Akta ini hendaklah, sepanjang tempoh pendaftaran sementara kapal layar itu, disifatkan sebagai suatu rujukan tentang orang yang kepadanya pemunyaan kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu sedang dipindahkan hakmiliknya.