Malaysia legislation

Section 1

of AKTA DEMUTUALISASI (BURSA SAHAM KUALA LUMPUR) 2003

Seksyen 1

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Demutualisasi (Bursa

Saham Kuala Lumpur) 2003.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Tafsiran 2.

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Bursa” ertinya Bursa Saham Kuala Lumpur;

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada pada masa kini atau pada masa hadapan, yang sebenar, kontingen atau dijangka, dan sama ada boleh dikuatkuasakan di

Malaysia atau di tempat lain;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 632 6

“harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih dan termasuklah—

(a)

berhubung dengan harta, apa-apa kepentingan, isemen atau hak, sama ada dari segi ekuiti atau di sisi undang-undang, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada pada masa kini atau pada masa hadapan, yang terletak hak atau kontingen, atau yang selainnya mempunyai nilai;

(b)

apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menentukan, menyerah balik atau selainnya memindahkan hakmilik atau melupuskan harta tak alih, yang orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu ialah tuan punya, yang memiliki atau berhak mendapat hak kontingen sama ada bagi keseluruhan kepentingan itu atau bagi apa-apa kepentingan yang kurang daripada itu;

(c)

sekuriti;

(d)

apa-apa surat cara boleh niaga, termasuk apa-apa nota bank, nota pembawa, Bil Perbendaharaan, waran dividen, bil pertukaran, nota janji hutang, cek dan sijil deposit boleh niaga;

(e)

apa-apa gadai janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau dari segi ekuiti, jaminan, lien atau sandaran, sama ada yang sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi atau resit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara lain menjamin pembayaran atau penjelasan sesuatu hutang atau liabiliti, sama ada pada masa kini atau pada masa hadapan, yang terletak hak atau kontingen; dan

(f)

apa-apa harta ketara atau tidak ketara yang lain;

“kaedah-kaedah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Perindustrian Sekuriti 1983 [Akta 280];

“liabiliti” termasuklah tiap-tiap jenis hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi, sama ada pada masa kini atau pada masa hadapan, yang terletak hak atau kontingen;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“Pendaftar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

Demutualisasi (Bursa Saham Kuala Lumpur)

7

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Sekuriti yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498];

“syarikat berhad menurut syer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 1965;

“syarikat penerima pindahan” ertinya suatu syarikat yang dinamakan oleh Menteri di bawah seksyen 8;

“tarikh letak hak” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 9;

“tarikh perubahan” ertinya tarikh Bursa berubah menjadi suatu syarikat awam berhad menurut syer sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 3(3);

“terletak hak”, berhubung dengan harta, termasuklah mempunyai hak mengenai harta pada masa hadapan atau yang kontingen dan hak perkembalian dan baki.