Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Perubahan kepada syarikat awam berhad menurut syer
(1)
Bursa tidak boleh memohon untuk mengubah dirinya daripada suatu syarikat berhad menurut jaminan kepada suatu syarikat awam berhad menurut syer melainkan jika kelulusan Menteri secara bertulis diperoleh, atas syor Suruhanjaya.
(2)
Walau apa pun peruntukan dalam memorandum dan perkara-perkara persatuan bagi Bursa sebaik sebelum tarikh perubahan,
Akta Syarikat 1965 dan mana-mana undang-undang lain, tetapi tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Bursa boleh memohon untuk mengubah dirinya daripada suatu syarikat berhad menurut jaminan kepada suatu syarikat awam berhad menurut syer dengan mengemukakan kepada Pendaftar—
(a)
suatu salinan kelulusan Menteri secara bertulis yang disebut dalam subseksyen (1);
Undang-Undang Malaysia
AKTA 632 8
(b)
salinan-salinan resolusi khas, yang diluluskan mengikut perkara-perkara persatuan bagi Bursa sebaik sebelum tarikh perubahan, yang meluluskan perubahan Bursa kepada suatu syarikat awam berhad menurut syer dan menerima pakai memorandum dan perkara-perkara persatuan yang dipinda yang disebut dalam perenggan (c);
(c)
suatu salinan memorandum dan perkara-perkara persatuan bagi Bursa yang telah dipinda dengan sewajarnya bagi menunjukkan bahawa Bursa ialah suatu syarikat awam berhad menurut syer;
(d)
suatu salinan kelulusan Suruhanjaya secara bertulis ke atas memorandum dan perkara-perkara persatuan yang telah dipinda yang disebut dalam perenggan (c); dan
(e)
maklumat tentang bilangan dan jenis-jenis syer, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965, yang akan diterbitkan selepas perubahan Bursa.
(3)
Setelah Pendaftar berpuas hati bahawa pengemukaan yang dikehendaki dalam subseksyen (2) telah dibuat, Pendaftar hendaklah memaklumkan yang demikian itu kepada Menteri, dan Menteri boleh, melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh perubahan dan pada tarikh itu perubahan
Bursa kepada suatu syarikat awam berhad menurut syer hendaklah mula berkuat kuasa.
(4)
Pada tarikh perubahan, Pendaftar hendaklah menukarkan dengan sewajarnya butir-butir pendaftaran Bursa dan mengeluarkan suatu perakuan pemerbadanan yang baru yang menunjukkan perubahan Bursa daripada suatu syarikat berhad menurut jaminan kepada suatu syarikat awam berhad menurut syer mengikut bentuk yang difikirkan sesuai oleh Pendaftar dan selepas perakuan pemerbadanan yang baru itu dikeluarkan perakuan pemerbadanan
Bursa yang terdahulu sebagai suatu syarikat berhad menurut jaminan hendaklah disifatkan terbatal.
(5)
Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta Syarikat 1965, perakuan pemerbadanan baru yang dikeluarkan menurut subseksyen
(4)
hendaklah menjadi perakuan pemerbadanan Bursa sebagai suatu syarikat awam berhad menurut syer yang sah bagi maksud Akta
Syarikat 1965 atau bagi apa-apa maksud lain.
Demutualisasi (Bursa Saham Kuala Lumpur)