Malaysia legislation

Section 4

of AKTA DEMUTUALISASI (BURSA SAHAM KUALA LUMPUR) 2003

Seksyen 4

Kesan perubahan

(1)

Apabila Bursa berubah menjadi suatu syarikat awam berhad menurut syer menurut seksyen 3—

(a)

memorandum dan perkara-perkara persatuan yang dipinda yang disebut dalam perenggan 3(2)(c) hendaklah menjadi memorandum dan perkara-perkara persatuan bagi Bursa;

(b)

Bursa hendaklah terhenti menjadi suatu syarikat berhad menurut jaminan dan hendaklah disifatkan telah menjadi suatu syarikat awam berhad menurut syer mengikut memorandum dan perkara-perkara persatuan yang dipinda yang disebut dalam perenggan 3(2)(c);

(c)

liabiliti setiap anggota Bursa di bawah perkara-perkara persatuan bagi Bursa sebaik sebelum tarikh perubahan dan anggota lampau Bursa sebagai penjamin sebaik sebelum tarikh perubahan hendaklah disifatkan terlupus;

(d)

syer mengundi bagi Bursa sebagai suatu syarikat awam berhad menurut syer hendaklah diterbitkan kepada mana-mana orang dan dalam apa-apa nisbah sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri atas syor Suruhanjaya;

(e)

lembaga atau badan pentadbir, dengan apa jua nama dipanggil, bagi Bursa sebaik sebelum tarikh perubahan hendaklah disifatkan sebagai lembaga pertama bagi Bursa sebagai suatu syarikat awam berhad menurut syer sehingga suatu lembaga atau badan pentadbir yang baru dilantik mengikut memorandum dan perkara-perkara persatuan yang dipinda yang disebut dalam perenggan 3(2)(c), dengan syarat bahawa lembaga pertama itu hendaklah beroperasi bagi tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau sehingga tarikh Bursa sebagai suatu syarikat awam berhad menurut syer disenaraikan, mengikut mana-mana yang lebih awal;

dan

(f)

tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana anggota dalam daftar ahli Bursa sebaik sebelum tarikh perubahan hendaklah terhenti menjadi ahli sedemikian.

(2)

Orang yang kepadanya syer mengundi telah diterbitkan di bawah perenggan (1)(d) hendaklah disifatkan sebagai anggota dalam daftar anggota Bursa sebagai suatu syarikat awam berhad menurut syer dan nama mereka hendaklah dimasukkan sebagai anggota sedemikian dalam daftar anggota pada tarikh perubahan.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 632 10

(3)

Seksyen 32, 33B dan 41 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993

dan seksyen 50, 52, 54 dan 142 Akta Syarikat 1965 tidak terpakai bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan penguntukan, penerbitan dan pemerolehan syer mengundi menurut perenggan

(1)

(d)

dan perubahan Bursa kepada suatu syarikat awam berhad menurut syer.

(4)

Melainkan jika kelulusan Menteri, atas syor Suruhanjaya, diperoleh tiada seorang pun boleh melupuskan mana-mana syer mengundi yang diterbitkan di bawah perenggan (1)(d) melainkan jika dan sehingga syer mengundi itu disenaraikan.

(5)

Sekiranya berlaku pelanggaran subseksyen (4), Suruhanjaya boleh mengenakan suatu moratorium atau melarang apa-apa dagangan atau apa-apa urus niaga, ke atas syer mengundi yang disebut dalam perenggan (1)(d).

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “disenaraikan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Pindaan memorandum dan perkara-perkara persatuan, dsb.

Section 4 — AKTA DEMUTUALISASI (BURSA SAHAM KUALA LUMPUR) 2003