Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini boleh menghalang atau mengehadkan Bursa sebagai suatu syarikat awam berhad menurut syer daripada meminda memorandum dan perkara-perkara persatuannya atau mengubah jenisnya, modal syernya, pemegang-pemegang sahamnya dan pengarah-pengarahnya mengikut peruntukan mana-mana undang-undang yang terpakai baginya selepas perubahannya kepada suatu syarikat awam berhad menurut syer.
Kedudukan syarikat anggota selepas perubahan 6.
Selepas perubahan Bursa di bawah Bahagian ini, seseorang yang sebaik sebelum perubahan itu—
(a)
ialah suatu syarikat yang menjalankan urusan berniaga sekuriti dan diiktiraf sebagai suatu syarikat anggota di bawah kaedah-kaedah Bursa yang berkaitan hendaklah diiktiraf sebagai suatu organisasi peserta oleh syarikat penerima pindahan dan adalah tertakluk kepada kaedah-kaedah syarikat penerima pindahan, selepas tarikh perubahan; atau
Demutualisasi (Bursa Saham Kuala Lumpur)
(b)
adalah dalam penggajian, atau bertindak bagi atau melalui perkiraan dengan, syarikat anggota yang disebut dalam perenggan (a) dan menjalankan bagi syarikat anggota itu mana-mana urusan berniaga sekuritinya dan diiktiraf atau didaftarkan oleh Bursa sebagai yang demikian, hendaklah diiktiraf atau didaftarkan untuk bertindak atas sifat itu oleh syarikat penerima pindahan, dan adalah tertakluk kepada kaedah-kaedah syarikat penerimaan pindahan, selepas tarikh perubahan.
Kesan lain perubahan 7.
Maka diisytiharkan bahawa perubahan Bursa di bawah Bahagian ini—
(a)
tidak mewujudkan suatu entiti undang-undang yang baru atau menjejaskan atau menyentuh identitinya atau keberterusannya;
(b)
tidak mencacatkan atau menyentuh apa-apa prosiding undang-undang, tatatertib, atau prosiding lain yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya sebelum perubahan itu, walau apa pun apa-apa pertukaran pada namanya atau statusnya berikutan perubahannya itu;
(c)
tidak menyentuh apa-apa suruhan, perintah, kelulusan, pemberitahuan, arahan, perbuatan, kehendak, syarat, persetujuan, garis panduan, pekeliling, aku janji, perisytiharan, tanggung rugi, penepian, pengecualian, sekatan atau keputusan, atau dokumen lain walau apa jua dinamakan, yang dibuat, diberikan atau dilakukan oleh
Bursa sebelum perubahannya, di bawah, mengikut atau menurut kuasa peruntukan undang-undang sekuriti, kaedah-kaedah atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai, dan suruhan, perintah, kelulusan, pemberitahuan, arahan, perbuatan, kehendak, syarat, persetujuan, garis panduan, pekeliling, aku janji, perisytiharan, tanggung rugi, penepian, pengecualian, sekatan atau keputusan, atau dokumen lain itu, hendaklah terus sah, mengikat dan mempunyai kesan berhubung dengan orang yang baginya suruhan, perintah, kelulusan, pemberitahuan, arahan, perbuatan, kehendak, syarat, persetujuan, garis panduan, pekeliling, aku janji, perisytiharan, tanggung rugi, penepian, pengecualian, sekatan atau keputusan, atau dokumen lain itu, terpakai sehingga ia dipinda, dimansuhkan atau sehingga ia luput;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 632 12
(d)
tidak menyentuh apa-apa suruhan, perintah, kelulusan, pemberitahuan, arahan, perbuatan, kehendak, syarat, persetujuan, garis panduan, pekeliling, aku janji, perisytiharan, tanggung rugi, penepian, pengecualian, sekatan atau keputusan, atau dokumen lain walau apa jua dinamakan, yang dibuat, diberikan atau dilakukan oleh
Suruhanjaya kepada atau terhadap Bursa sebelum perubahannya, di bawah, mengikut atau menurut kuasa peruntukan undang-undang sekuriti, kaedah-kaedah atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai, dan suruhan, perintah, kelulusan, pemberitahuan, arahan, perbuatan, kehendak, syarat, persetujuan, garis panduan, pekeliling, aku janji, perisytiharan, tanggung rugi, penepian, pengecualian, sekatan atau keputusan, atau dokumen lain itu, hendaklah terus sah, mengikat dan mempunyai kesan berhubung dengan orang yang baginya suruhan, perintah, kelulusan, pemberitahuan, arahan, perbuatan, kehendak, syarat, persetujuan, garis panduan, pekeliling, aku janji, perisytiharaan, tanggung rugi, penepian, pengecualian, sekatan atau keputusan, atau dokumen lain itu, terpakai sehingga ia dipinda, dimansuhkan atau sehingga ia luput;
(e)
tidak menyentuh apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh atau terakru di bawah peruntukan undang-undang sekuriti, kaedah-kaedahnya atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai sebelum tarikh perubahan dan tidak menyentuh apa-apa prosiding undang-undang, tatatertib atau prosiding lain, remedi, siasatan atau pemeriksaan yang berhubungan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti itu, dan prosiding undang-undang, tatatertib atau prosiding lain, remedi, siasatan atau pemeriksaan itu bolehlah dimulakan atau dikuatkuasakan selepas perubahannya; dan
(f)
tidak menyentuh apa-apa tindakan yang telah atau yang boleh diambil oleh Bursa bagi apa-apa pelanggaran kaedah-kaedahnya sebelum perubahan Bursa.