Malaysia legislation

Section 8

of AKTA DEMUTUALISASI (BURSA SAHAM KUALA LUMPUR) 2003

Seksyen 8

Penamaan syarikat penerima pindahan oleh Menteri

(1)

Apabila Bursa berubah menjadi suatu syarikat awam berhad menurut syer, Menteri boleh, melalui pemberitahuan yang disiarkan

Demutualisasi (Bursa Saham Kuala Lumpur)

13

dalam Warta, menamakan suatu anak syarikat milik penuh Bursa sebagai syarikat penerima pindahan bagi maksud Akta ini.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “anak syarikat milik penuh”

mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 5B Akta

Syarikat 1965.