Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Peruntukan peletakhakan
(1)
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh yang tidak lebih awal dari tarikh perubahan sebagai tarikh letak hak, dan pada tarikh itu, segala harta, hak atau liabiliti, sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah kepada atau terletak hak pada syarikat penerima pindahan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan hakmilik.
(2)
Jika suatu perintah dibuat di bawah subseksyen (1), segala harta, hak dan liabiliti yang terletak hak pada atau dipegang oleh
Bursa apabila Bursa berubah, sama ada secara berseorangan atau bersesama dengan mana-mana orang lain, hendaklah, menurut kuasa perintah itu, pada dan selepas tarikh letak hak, menjadi terletak hak pada atau dipegang oleh syarikat penerima pindahan sama ada secara berseorangan atau bersesama dengan mana-mana orang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan perintah itu hendaklah berkuat kuasa mengikut terma-termanya walau apa pun apa-apa dalam mana-mana undang-undang, dan hendaklah mengikat mana-mana orang yang disentuh olehnya, walaupun orang yang disentuh itu tidak mendapat notis tentang perintah yang dibuat di bawah seksyen ini atau tentang prosiding lain yang berkaitan.
(3)
Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen
(1)
pada syarikat penerima pindahan hendaklah terletak hak sedemikian dengan hakmilik, hak harta atau kepentingan yang sama dan pemegangan yang serupa sebagaimana harta itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh letak hak.
(4)
Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat penerima pindahan boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh syarikat penerima pindahan atas namanya sendiri dan tidaklah perlu notis diberikan kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Undang-Undang Malaysia
AKTA 632 14
(5)
Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat penerima pindahan boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh syarikat penerima pindahan atas namanya sendiri dan tidaklah perlu notis diberikan kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
(6)
Apa-apa prosiding undang-undang, tatatertib, atau prosiding lain yang belum selesai berhubung dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada atau terletak hak pada syarikat penerima pindahan menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, diteruskan oleh atau terhadap syarikat penerima pindahan.
(7)
Pada dan selepas tarikh letak hak, mana-mana perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada atau terletak hak pada syarikat penerima pindahan di bawah subseksyen (1) sebaik sebelum tarikh letak hak, sama ada bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian jenisnya sehingga harta, hak dan liabiliti di bawah perjanjian itu boleh diserahhakkan, hendaklah berkuat kuasa seolah-olah syarikat penerima pindahan menjadi pihak kepada perjanjian itu.
(8)
Pada dan selepas tarikh letak hak, sebutan mengenai Bursa dalam apa-apa suruhan, perintah, kelulusan, pemberitahuan, arahan, perbuatan, kehendak, syarat, persetujuan, garis panduan, pekeliling, aku janji, perisytiharan, tanggung rugi, penepian, pengecualian, sekatan atau keputusan, atau dokumen lain walau apa jua dinamakan, yang dibuat, diberikan atau dilakukan oleh mana-mana orang sebelum tarikh letak hak berhubung dengan harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada atau terletak hak pada syarikat penerima pindahan menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang syarikat penerima pindahan.
(9)
Pada dan selepas tarikh letak hak, apa-apa suruhan, perintah, kelulusan, pemberitahuan, arahan, perbuatan, kehendak, syarat, persetujuan, garis panduan, pekeliling, aku janji, perisytiharaan, tanggung rugi, penepian, pengecualian, sekatan atau keputusan, atau dokumen lain walau apa jua dinamakan, yang dibuat, diberikan atau dilakukan oleh atau kepada atau terhadap Bursa, berhubung dengan harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada atau terletak hak pada syarikat penerima pindahan menurut kuasa subseksyen
(1)
hendaklah ditafsirkan sebagai dibuat, diberikan atau dilakukan oleh atau kepada atau terhadap syarikat penerima pindahan.
Demutualisasi (Bursa Saham Kuala Lumpur)
15
Syarikat penerima pindahan beroperasi sebagai bursa saham 10.
Tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Menteri, atas syor Suruhanjaya, kelulusan yang diberikan oleh Menteri di bawah seksyen 8 Akta Perindustrian
Sekuriti 1983 kepada Bursa sebaik sebelum tarikh perubahan hendaklah disifatkan telah dipindahkan kepada syarikat penerima pindahan pada tarikh letak hak.
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan 11.
Menteri, atas syor Suruhanjaya, boleh membuat apa-apa peraturan yang wajar atau perlu bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
Kekebalan 12.
Tiada liabiliti sivil boleh ditanggung oleh—
(a)
Menteri, Suruhanjaya, Pendaftar atau Bursa; atau
(b)
mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Menteri,
Suruhanjaya (termasuk mana-mana anggota Suruhanjaya atau mana-mana anggota jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya), Pendaftar atau Bursa (termasuk mana-mana anggota lembaga Bursa, dan mana-mana anggota jawatankuasa yang ditubuhkan oleh lembaga itu), termasuklah—
(i)
mana-mana pegawai kepada Menteri, Suruhanjaya,
Pendaftar atau Bursa; atau
(ii)
mana-mana ejen, atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan Menteri, Suruhanjaya,
Pendaftar atau Bursa, untuk, oleh sebab, atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang dilakukan, atau apa-apa kenyataan yang dibuat atau ditinggalkan dari dibuat, berkaitan dengan maksud, atau bersampingan dengan pelaksanaan atau penjalanan atau cadangan pelaksanaan atau penjalanan, peruntukan-peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, jika perbuatan, ketinggalan atau kenyataan itu dilakukan atau dibuat dengan suci hati.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 632 16