Malaysia legislation

Section 12

of AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN 2004

Seksyen 12

Permohonan untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka

(1)

Sesuatu permohonan untuk pendaftaran sesuatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka hendaklah dibuat kepada Lembaga mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah—

(a)

menyatakan nama, alamat, kerakyatan dan butir-butir lain pemohon;

(b)

menyatakan kaedah bagaimana varieti tumbuhan itu dibangunkan;

(c)

disokong dengan dokumen dan maklumat yang berhubungan dengan ciri-ciri varieti tumbuhan itu yang membezakan varieti tumbuhan itu dengan varieti tumbuhan yang lain;

(d)

menyatakan nama pengenalan varieti tumbuhan mengikut seksyen 16;

(e)

mengandungi maklumat yang berhubungan dengan sumber bahan genetik atau jurai induk terdekat varieti tumbuhan itu;

(f)

disertakan dengan kebenaran bertulis yang diberikan terlebih dahulu oleh pihak berkuasa yang mewakili masyarakat tempatan atau pribumi dalam hal jika varieti tumbuhan itu dibangunkan daripada varieti tradisional;

(g)

disokong dengan dokumen yang berhubungan dengan pematuhan apa-apa undang-undang yang mengawal selia akses kepada sumber genetik atau biologi; dan

(h)

disokong dengan dokumen yang berhubungan dengan pematuhan apa-apa undang-undang yang mengawal selia aktiviti yang melibatkan organisma yang telah diubahsuaikan dari segi genetik dalam hal jika pembangunan varieti baru tumbuhan itu melibatkan pengubahsuaian genetik.

16

Undang-Undang Malaysia

Akta 634

(2)

Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

Orang yang boleh memohon untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka