Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Syarat-syarat bagi pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka
(1)
Tertakluk kepada seksyen 15 dan 16, suatu varieti baru tumbuhan hendaklah didaftarkan sebagai suatu varieti baru tumbuhan dan diberikan hak pembiak baka jika varieti tumbuhan itu baru, berlainan, seragam dan stabil.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), jika varieti tumbuhan itu dibiakkan, atau ditemui dan dibangunkan oleh petani, masyarakat tempatan atau pribumi, varieti tumbuhan itu boleh didaftarkan sebagai suatu varieti baru tumbuhan dan diberi suatu hak pembiak baka jika varieti tumbuhan itu baru, berlainan dan dapat dikenal pasti.
(3)
Bagi maksud subseksyen (1) dan (2)—
(a)
sesuatu varieti tumbuhan adalah baru jika pada tarikh pemfailan permohonan untuk pendaftaran dan pemberian hak pembiak baka, bahan pembiakan atau tuaian varieti tumbuhan itu belum dijual atau selainnya dilupuskan secara komersial oleh atau dengan persetujuan pembiak baka—
(i)
di Malaysia, lebih awal daripada satu tahun sebelum tarikh pemfailan permohonan untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka; dan
(ii)
di negara lain—
(A)
lebih awal daripada enam tahun sebelum tarikh pemfailan permohonan untuk pendaftaran suatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka berkenaan dengan pokok dan tumbuhan menjalar; dan
(B)
lebih awal daripada empat tahun sebelum tarikh pemfailan permohonan untuk pendaftaran suatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka berkenaan dengan varieti tumbuhan lain;
(b)
sesuatu varieti tumbuhan adalah berlainan jika pada tarikh pemfailan permohonan untuk pendaftaran suatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka varieti
18
Undang-Undang Malaysia
Akta 634
tumbuhan itu dapat dibezakan dengan jelas daripada mana-mana varieti tumbuhan lain, yang kewujudannya merupakan suatu perkara yang diketahui umum;
(c)
sesuatu varieti tumbuhan adalah seragam jika, tertakluk kepada perubahan yang dapat dijangka daripada sifat tertentu pembiakannya, varieti tumbuhan itu seragam dengan secukupnya dalam ciri-cirinya yang berkaitan;
(d)
sesuatu varieti tumbuhan adalah stabil jika ciri-cirinya yang berkaitan masih tidak berubah selepas pembiakan berulang kali atau, dalam hal suatu kitaran pembiakan yang tertentu, pada penghujung setiap kitaran tertentu itu;
(e)
sesuatu varieti tumbuhan boleh dikenal pasti jika—
(i)
varieti tumbuhan itu dapat dibezakan daripada mana-mana kumpulan tumbuhan yang lain melalui pemaparan satu ciri dan ciri tersebut dapat dikenal pasti dalam tumbuhan individu atau dalam dan meliputi suatu kumpulan tumbuh-tumbuhan;
dan
(ii)
ciri-ciri tersebut boleh dikenal pasti oleh mana-mana orang yang mahir dalam bidang yang berkaitan.