Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Larangan pendaftaran dan pemberian hak pembiak baka
Lembaga tidak boleh meluluskan pendaftaran sesuatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa varieti tumbuhan—
(a)
yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau prinsip moral; atau
(b)
jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa penanaman, penghasilan semula atau apa-apa kegunaan lain varieti tumbuhan itu boleh mengakibatkan suatu kesan negatif terhadap alam sekitar.