Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Nama pengenalan varieti baru tumbuhan
(1)
Nama pengenalan suatu varieti baru tumbuhan yang mana pendaftarannya oleh Lembaga dipohon—
(a)
hendaklah merupakan gelaran bagi genetik varieti tumbuhan itu;
Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 19
(b)
mestilah membolehkan varieti tumbuhan itu dikenal pasti;
(c)
tidak boleh semata-mata terdiri daripada angka; dan
(d)
hendaklah berbeza daripada nama pengenalan varieti tumbuhan lain yang mengenal pasti suatu varieti tumbuhan yang sedia ada dalam spesies tumbuhan yang sama atau dalam suatu spesies yang dekat hubungannya.
(2)
Lembaga boleh menolak mana-mana nama pengenalan sesuatu varieti tumbuhan yang—
(a)
tidak memenuhi kehendak subseksyen (1);
(b)
bertentangan dengan kepentingan awam atau prinsip moral;
(c)
tidak sesuai bagi mengenal pasti varieti tumbuhan; atau
(d)
boleh menyebabkan kekeliruan berkenaan dengan ciri atau identiti pembiak baka varieti tumbuhan itu.
(3)
Jika nama pengenalan bagi sesuatu varieti tumbuhan ditolak oleh Lembaga di bawah subseksyen (2), Lembaga boleh menghendaki pemohon memberikan nama pengenalan yang baru dalam masa yang ditentukan.
(4)
Jika suatu nama pengenalan yang baru sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang ditentukan oleh Lembaga, maka permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat permohonan yang baru.
(5)
Nama pengenalan sesuatu varieti tumbuhan berdaftar hendaklah digunakan apabila varieti tumbuhan itu ditawarkan untuk jualan secara komersial dan jika suatu cap dagangan, nama dagangan atau penunjuk lain yang serupa yang digunakan bersama dengan nama pengenalan itu, maka nama pengenalan varieti tumbuhan berdaftar itu mestilah terus mudah dikenali.
(6)
Walaupun tempoh hak pembiak baka berkenaan dengan sesuatu varieti tumbuhan telah tamat, mana-mana orang yang menawarkan untuk jualan secara komersial apa-apa bahan pembiakan sesuatu varieti tumbuhan berdaftar hendaklah terus menggunakan nama pengenalan varieti tumbuhan berdaftar itu.
20
Undang-Undang Malaysia
Akta 634