Malaysia legislation

Section 20

of AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN 2004

Seksyen 20

Permintaan untuk pemeriksaan substantif

(1)

Jika sesuatu permohonan untuk pendaftaran suatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka telah diperiksa

Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 21

di bawah seksyen 19 dan pemohon telah diberitahu di bawah subseksyen 19(3), pemohon itu hendaklah memfailkan dalam tempoh yang ditentukan suatu permintaan untuk pemeriksaan substantif bagi permohonan itu.

(2)

Permintaan untuk pemeriksaan substantif di bawah subseksyen (1)—

(a)

hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan;

(b)

hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan; dan

(c)

jika diminta oleh Lembaga, hendaklah memberikan kuantiti yang ditentukan bahan pembiakan yang dikehendaki bagi maksud pemeriksaan substantif itu.

Section 20 — AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN 2004