Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Pemeriksaan substantif
(1)
Jika suatu permintaan untuk pemeriksaan substantif telah dibuat di bawah seksyen 20, Lembaga hendaklah merujukkan permohonan itu kepada seorang Pemeriksa yang—
(a)
hendaklah menentukan sama ada permohonan itu mematuhi kehendak seksyen 14; dan
(b)
hendaklah melaporkan penentuannya kepada Lembaga.
(2)
Jika Pemeriksa melaporkan mengikut subseksyen (1) bahawa kehendak seksyen 14 tidak dipatuhi, Lembaga hendaklah memberi pemohon peluang untuk memberikan apa-apa pandangan tentang laporan itu dan untuk meminda permohonan itu supaya mematuhi kehendak itu dalam tempoh yang ditentukan.
(3)
Jika pemohon gagal untuk memuaskan hati Lembaga dalam tempoh yang ditentukan bahawa kehendak seksyen 14 telah dipatuhi atau untuk meminda permohonan itu supaya mematuhi kehendak itu, maka Lembaga hendaklah menolak permohonan untuk pendaftaran suatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka itu.
(4)
Jika Pemeriksa melaporkan mengikut subseksyen (1)
bahawa permohonan itu sebagaimana yang mula-mula difailkan atau sebagaimana yang dipinda mematuhi kehendak seksyen 14,
Pemeriksa hendaklah memaklumkan Lembaga secara bertulis tentang dapatan pemeriksaannya itu.
22
Undang-Undang Malaysia
Akta 634
Permohonan untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka hendaklah disiarkan