Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Jawapan daripada pemohon
(1)
Pemohon hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas menerima notis bangkangan itu menghantar suatu jawapan kepada
Lembaga dan pembangkang itu, mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga secara bertulis, menyatakan alasan bagi permohonan untuk pendaftaran dan pemberian hak pembiak baka.
Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 23
(2)
Jika pemohon gagal untuk memberikan jawapan kepada bangkangan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen
(1)
atau, jika tempoh itu telah dilanjutkan oleh Lembaga, dalam tempoh tambahan itu, pemohon hendaklah disifatkan tidak lagi mahu meneruskan permohonannya untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka.