Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Kegagalan memfailkan keterangan dokumentar
(1)
Jika pemohon gagal untuk memfailkan keterangan dokumentar sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 25(1), Lembaga boleh menganggap permohonan untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka itu tidak lagi mahu diteruskan.
(2)
Jika pembangkang gagal memfailkan keterangan dokumentar sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 25(1), Lembaga boleh menganggap bangkangan itu tidak lagi mahu diteruskan dan hendaklah meluluskan permohonan untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka itu.