Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
Penyimpanan sampel
Jika suatu permohonan untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka telah diluluskan oleh Lembaga dan pemohon telah diberitahu secara bertulis, pemohon hendaklah, dalam masa yang ditentukan oleh Lembaga, menyimpan sampel biji benih atau apa-apa bahan pembiakan lain varieti tumbuhan itu dalam kuantiti yang ditentukan oleh Lembaga di suatu pusat yang diluluskan oleh Lembaga.