Malaysia legislation

Section 28

of AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN 2004

Seksyen 28

Pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka

(1)

Jika Lembaga berpuas hati bahawa pemohon telah mematuhi kehendak seksyen 27, Lembaga hendaklah mendaftarkan varieti baru tumbuhan dan memberikan hak pembiak baka kepada pemohon dan hendaklah—

(a)

mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran varieti baru tumbuhan itu dan pemberian hak pembiak baka dalam bentuk yang ditetapkan kepada pemohon;

(b)

merekodkan nama pengenalan varieti baru tumbuhan itu dan pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian suatu hak pembiak baka dalam Daftar Varieti Baru

Tumbuhan; dan

(c)

menyiarkan dalam Warta suatu rujukan mengenai pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian suatu hak pembiak baka itu.

Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 25

(2)

Kandungan perakuan hak pembiak baka hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu dan tempoh perlindungan yang diberikan.