Malaysia legislation

Section 29

of AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN 2004

Seksyen 29

Daftar

(1)

Lembaga hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu

Daftar yang dinamakan Daftar Varieti Baru Tumbuhan.

(2)

Daftar itu hendaklah disimpan dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(3)

Daftar itu hendaklah tersedia bagi pemeriksaan oleh orang ramai tertakluk kepada syarat-syarat yang dianggap patut oleh

Lembaga.

(4)

Sesuatu salinan atau cabutan mana-mana catatan dalam Daftar yang diperakui benar oleh Setiausaha Lembaga dengan sewajarnya hendaklah diberikan kepada mana-mana orang yang meminta salinan atau cabutan itu apabila dibayar fi yang ditetapkan.