Malaysia legislation

Section 31

of AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN 2004

Seksyen 31

Batasan hak pembiak baka

(1)

Hak pembiak baka tidak meliputi—

(a)

apa-apa perbuatan yang dilakukan secara persendirian dan tidak secara komersial;

(b)

apa-apa perbuatan yang dilakukan bagi maksud uji kaji;

(c)

apa-apa perbuatan yang dilakukan bagi maksud pembiakbakaan varieti tumbuhan lain dan apa-apa perbuatan yang disebut dalam perenggan 30(l)(a) hingga

(d)

apa-apa perbuatan pembiakan oleh petani-petani kecil yang menggunakan bahan tuaian varieti tumbuhan berdaftar yang ditanam di tanah mereka sendiri;

(e)

apa-apa pertukaran bahan pembiakan dalam amaun yang munasabah di kalangan petani-petani kecil; dan

(f)

penjualan biji benih dan ladang sendiri dalam keadaan seseorang petani kecil tidak dapat menggunakan biji benih dari ladang sendiri di atas tanahnya sendiri akibat bencana alam atau kecemasan atau apa-apa faktor lain di luar kawalan petani kecil itu, jika amaun yang dijual tidak melebihi apa yang diperlukan untuk tanahnya sendiri.

(g)

berkenaan dengan varieti tumbuhan lain itu, kecuali jika varieti tumbuhan lain itu pada asasnya diterbitkan daripada varieti tumbuhan berdaftar itu;

Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 27

(2)

Hak pembiak baka yang diberikan di bawah seksyen 30

tidaklah terpakai bagi apa-apa bahan varieti tumbuhan berdaftar atau apa-apa bahan yang diterbitkan daripada bahan itu yang telah dijual di Malaysia secara komersial oleh pembiak baka itu atau oleh mana-mana orang lain dengan kebenarannya, melainkan jika bahan itu digunakan bagi tujuan yang melibatkan—

(a)

pembiakan lanjut varieti tumbuhan berdaftar itu; atau

(b)

pengeksportan bahan itu ke sesuatu negara yang tidak melindungi varieti genus atau spesies tumbuhan yang merangkumi varieti itu dan jika bahan yang dieksportkan itu bukanlah untuk penggunaan terakhir.

Section 31 — AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN 2004