Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
Tempoh hak pembiak baka
(1)
Hak pembiak baka mengenai sesuatu varieti tumbuhan berdaftar hendaklah mula berkuat kuasa mulai dari tarikh pemfailan permohonan untuk pendaftaran varieti tumbuhan itu dan pemberian hak pembiak baka dan hendaklah sah selama tempoh—
(a)
dua puluh tahun bagi varieti tumbuhan berdaftar yang baru, berlainan, seragam dan stabil; atau
(b)
lima belas tahun bagi varieti tumbuhan berdaftar yang baru, berlainan dan dapat dikenal pasti.
(2)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), jika sesuatu permohonan untuk pendaftaran suatu varieti baru tumbuhan dan
28
Undang-Undang Malaysia
Akta 634
pemberian hak pembiak baka dibuat berkenaan dengan pokok atau tumbuhan menjalar, dan permohonan itu telah mematuhi peruntukan
Akta ini, Lembaga boleh mendaftarkan varieti tumbuhan itu dan memberikan hak pembiak baka bagi tempoh selama dua puluh lima tahun.