Malaysia legislation

Section 33

of AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN 2004

Seksyen 33

Pelanjutan tempoh hak pembiak baka

(1)

Walau apa pun peruntukan seksyen 32, Lembaga boleh melanjutkan tempoh sesuatu hak pembiak baka yang diberikan jika

Lembaga berpuas hati bahawa pelanjutan itu wajar atas alasan keperluan dan kepentingan negara.

(2)

Sesuatu permohonan untuk pelanjutan tempoh sesuatu hak pembiak baka di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat secara bertulis kepada Lembaga oleh pemegang sebelum tamat tempoh hak pembiak baka itu.

Section 33 — AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN 2004