Malaysia legislation

Section 35

of AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN 2004

Seksyen 35

Kewajipan seseorang pemegang

(1)

Pemegang hendaklah sepanjang tempoh hak pembiak baka—

(a)

menyenggara atas perbelanjaannya sendiri sampel yang telah disimpan di pusat yang diluluskan oleh Lembaga di bawah seksyen 27;

(b)

memberi Lembaga apabila diminta oleh Lembaga, bahan pembiakan varieti tumbuhan berdaftar yang boleh dihasilkan semula;

Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 29

(c)

memberi Lembaga apabila diminta oleh Lembaga, kemudahan dan maklumat berkenaan dengan varieti tumbuhan berdaftar, tanpa apa-apa caj.

(2)

Bagi maksud perenggan 35(l)(c), “kemudahan” termasuklah kemudahan bagi menjalankan sesuatu pemeriksaan.

Section 35 — AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN 2004