Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
Ruang lingkup dan syarat-syarat lesen wajib
Apabila memberikan lesen wajib kepada mana-mana orang, agensi atau syarikat, Lembaga hendaklah menentukan—
(a)
ruang lingkup lesen wajib itu dan hak untuk melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam seksyen 30
kecuali bahawa hak itu tidak boleh meliputi perbuatan pengimportan;
(b)
tempoh lesen wajib; dan
(c)
terma dan syarat lesen wajib.