Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
Penamatan lesen wajib
(1)
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk menamatkan atau membatalkan mana-mana lesen wajib yang diberikan di bawah seksyen 36 jika Lembaga berpuas hati bahawa pemegang lesen telah melanggar mana-mana terma dan syarat lesen wajib itu.
(2)
Sebelum menamatkan suatu lesen wajib, Lembaga hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis kepada pemegang lesen menghendaki pemegang lesen itu menunjukkan sebab dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penerimaan notis mengapa lesen itu tidak patut ditamatkan.
(3)
Selepas tamat tempoh empat belas hari dan setelah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pemegang lesen itu, Lembaga hendaklah memutuskan sama ada akan menamatkan lesen itu atau tidak mengambil tindakan selanjutnya.
(4)
Lembaga hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada pemegang lesen tentang keputusannya di bawah subseksyen (3)
dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.
Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 31