Malaysia legislation

Section 41

of AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN 2004

Seksyen 41

Pembatalan hak pembiak baka

(1)

Lembaga boleh membatalkan suatu hak pembiak baka yang diberikan kepada pemegang jika—

(a)

pemegang gagal memberi Lembaga dalam tempoh yang dinyatakan oleh Lembaga secara bertulis maklumat, kemudahan atau bahan pembiakan yang dianggapkan perlu oleh Lembaga bagi penyenggaraan sampel yang disimpan di pusat yang diluluskan oleh Lembaga apabila diminta oleh Lembaga;

(b)

pemegang gagal membayar apa-apa fi yang kena dibayar kepada Lembaga untuk memastikan hak pembiak bakanya terus berkuat kuasa;

(c)

varieti tumbuhan berdaftar itu gagal menunjukkan secara berterusan syarat-syarat yang kerananya pendaftaran dibuat dan hak pembiak baka diberikan;

(d)

pemegang melanggar apa-apa terma dan syarat yang dikenakan ke atasnya sebagai seorang pemegang; atau

(e)

pemegang menggunakan atau menyebabkan supaya digunakan apa-apa sampel suatu varieti tumbuhan berdaftar yang disimpan di suatu pusat di bawah seksyen 27 tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada

Lembaga.

(2)

Sebelum membatalkan sesuatu hak pembiak baka, Lembaga hendaklah memberi pemegang itu suatu notis secara bertulis menghendaki pemegang itu menunjukkan sebab dalam tempoh empat belas hari mengapa hak pembiak bakanya tidak patut dibatalkan.

(3)

Selepas tamat tempoh empat belas hari dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pemegang,

Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 33

Lembaga hendaklah memutuskan sama ada akan membatalkan perlindungan itu atau tidak mengambil tindakan selanjutnya.

(4)

Lembaga hendaklah memberi pemegang suatu notis secara bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (3).

(5)

Pembatalan sesuatu hak pembiak baka hendaklah mula berkuat kuasa—

(a)

jika tiada rayuan terhadap pembatalan itu, apabila tamat tempoh empat belas hari dari tarikh notis pembatalan itu disampaikan kepada pemegang itu; atau

(b)

jika ada rayuan terhadap pembatalan itu, apabila pembatalan itu disahkan oleh Menteri di bawah seksyen 46.

(6)

Jika hak pembiak baka itu dibatalkan di bawah subseksyen

(1)

, Lembaga hendaklah—

(a)

mengarahkan pemegang mengembalikan perakuan pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka kepada Lembaga; dan

(b)

mempunyai kuasa untuk membenarkan mana-mana orang mengusahakan penghasilan varieti tumbuhan itu atas sebab kepentingan awam.

(7)

Lembaga hendaklah merekodkan pembatalan itu pada perakuan pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka dan dalam Daftar Varieti Baru Tumbuhan dan menyiarkan hakikat pembatalan itu dalam Warta.