Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
Penyerahan hak pembiak baka
(1)
Seseorang pemegang boleh menyerahkan hak pembiak bakanya dengan mengemukakan suatu permintaan bertulis kepada
Lembaga berserta dengan perakuan pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak bakanya.
(2)
Penyerahan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh Lembaga menerima perakuan pendaftaran dan pemberian hak pembiak baka menurut permintaan bertulis di bawah subseksyen (1).
(3)
Lembaga boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang disifatkan patut berkenaan dengan penyerahan itu.
34
Undang-Undang Malaysia
Akta 634
(4)
Lembaga hendaklah merekodkan penyerahan itu dalam Daftar
Varieti Baru Tumbuhan dan menyiarkan hakikat penyerahan itu dalam Warta.