Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
Penyerahhakan atau perpindahan hak pembiak baka
(1)
Hak pembiak baka atau sesuatu permohonan untuk pendaftaran sesuatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka boleh diserahhakkan atau berpindah dengan kelulusan
Lembaga kepada—
(a)
wakil diri di sisi undang-undang bagi pemegang atau pemohon untuk pendaftaran dan pemberian itu; atau
(b)
mana-mana orang yang berhak mengenai penyerahhakan atau perpindahan itu melalui kuat kuasa undang-undang.
(2)
Permohonan bagi penyerahhakan atau perpindahan sesuatu hak pembiak baka hendaklah —
(a)
dibuat mengikut cara yang dinyatakan oleh Lembaga secara bertulis; dan
(b)
disertakan dengan fi yang ditetapkan.
(3)
Lembaga boleh meluluskan penyerahhakan atau perpindahan hak pembiak baka jika—
(a)
ia dibuat secara bertulis yang ditandatangani oleh atau bagi pihak-pihak yang berkontrak; atau
(b)
pemegang atau pemohon bagi pendaftaran sesuatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka itu mati atau menjadi tak upaya.
(4)
Sebelum memberikan kelulusan untuk penyerahhakan atau perpindahan sesuatu hak pembiak baka, Lembaga hendaklah menyiarkan dalam Warta butir-butir permohonan itu dan memberikan suatu tempoh masa yang munasabah bagi apa-apa bantahan terhadap permohonan untuk penyerahhakan atau perpindahan itu.
(5)
Penyerahhakan atau perpindahan sesuatu hak pembiak baka hendaklah direkodkan dalam Daftar Varieti Baru Tumbuhan dan hakikat penyerahhakan atau perpindahan itu hendaklah disiarkan dalam Warta.
Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 35