Malaysia legislation

Section 45

of AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN 2004

Seksyen 45

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Lembaga berkenaan dengan—

(1)

Apabila rayuan diterima di bawah seksyen 44, Menteri hendaklah merujukkan perkara itu kepada suatu Lembaga

Rayuan.

(2)

Lembaga Rayuan itu hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:

(a)

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas

Tani, yang hendaklah menjadi Pengerusi;

(b)

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan

Inovasi;

(c)

Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi;

36

Undang-Undang Malaysia

Akta 634

(d)

Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri

Makanan Sarawak; dan

(e)

Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Sabah.

(3)

Dalam mesyuarat Lembaga Rayuan, korum Lembaga hendaklah tiga orang.

(4)

Jika atas apa-apa sebab Pengerusi tidak dapat hadir dalam mesyuarat Lembaga Rayuan, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang dari pada kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat dan anggota yang dipilih itu hendaklah menjalankan kuasa Pengerusi sepanjang mesyuarat itu dan hendaklah disifatkan sebagai Pengerusi bagi maksud mesyuarat itu.

(5)

Lembaga Rayuan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dalam mendengar apa-apa rayuan sedemikian dan tidaklah terikat dengan mana-mana undang-undang atau rukun amalan yang berhubungan dengan penerimaan keterangan.

(6)

Lembaga Rayuan hendaklah menimbangkan rayuan dan membuat syor kepada Menteri.