Malaysia legislation
Section 49
Seksyen 49
Injunksi dan award ganti rugi
(1)
Jika pemegang membuktikan bahawa suatu pelanggaran telah dilakukan atau sedang dilakukan, mahkamah boleh mengawardkan ganti rugi dan boleh memberikan suatu injunksi untuk menghalang pelanggaran yang selanjutnya dan mengawardkan apa-apa remedi undang-undang yang lain.
(2)
Jika pemegang membuktikan bahawa suatu pelanggaran yang mungkin berlaku, mahkamah boleh memberikan injunksi untuk menghalang pelanggaran itu dan mengawardkan apa-apa remedi undang-undang yang lain.