Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN 2004

Seksyen 4

Fungsi dan kuasa Lembaga

(1)

Fungsi Lembaga ialah—

(a)

melaksanakan tugas dan fungsi dan menjalankan kuasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini;

(b)

menetapkan sistem yang sesuai bagi pemeriksaan varieti baru tumbuhan;

(c)

mempertimbangkan dan meluluskan atau menolak permohonan untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka;

(d)

mengenakan fi atau caj pentadbiran yang kena dibayar di bawah Akta ini;

(e)

menetapkan terma dan syarat mengenai sampel varieti tumbuhan berdaftar yang disimpan di pusat yang diluluskan oleh Lembaga di bawah seksyen 27;

(f)

mengenakan apa-apa terma dan syarat bagi penggunaan penyelidikan dan uji kaji atau eksport mana-mana varieti tumbuhan berdaftar yang dihasilkan daripada sumber genetik tempatan atau oleh pribumi;

(g)

menyimpan dan menyenggara suatu rekod varieti tumbuhan yang lain yang tidak didaftarkan dalam Daftar Varieti

Baru Tumbuhan;

12

Undang-Undang Malaysia

Akta 634

(h)

mentadbir dan mengawal Kumpulan Wang Varieti

Tumbuhan;

(i)

melantik mana-mana orang, jabatan kerajaan atau organisasi menjadi Pemeriksa bagi maksud menjalankan pemeriksaan substantif di bawah seksyen 21;

(j)

membatalkan, menyerahkan, menyerahhakkan atau memindahkan apa-apa hak pembiak baka yang diberikan di bawah Akta ini;

(k)

menasihatkan Menteri tentang segala perkara yang berkaitan dengan Akta ini; dan

(l)

melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkan patut bagi membolehkannya melaksanakan fungsi-fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya.

(2)

Lembaga hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah subseksyen (1) atau yang semunasabahnya bersampingan dengan pelaksanaan fungsi itu.