Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
Kesalahan berkenaan dengan memberikan apa-apa butir, dsb., yang palsu atau mengelirukan
Mana-mana orang yang memberikan atau menyebabkan supaya diberikan kepada Lembaga apa-apa butir, maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan sesuatu permohonan untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka melakukan suatu kesalahan
38
Undang-Undang Malaysia
Akta 634
dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan berkenaan dengan pelanggaran terma dan syarat dan penggunaan sampel tanpa kebenaran