Malaysia legislation
Section 51
Seksyen 51
Mana-mana orang yang—
(a)
melanggar apa-apa terma dan syarat yang dikenakan ke atasnya sebagai seorang pemegang atau sebagai seorang pemegang lesen; atau
(b)
tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Lembaga, menggunakan atau menyebabkan supaya digunakan apa-apa sampel suatu varieti tumbuhan berdaftar yang disimpan di mana-mana pusat di bawah seksyen 27, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.