Malaysia legislation

Section 52

of AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN 2004

Seksyen 52

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian, atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau yang membantu dalam pengurusan pertubuhan perbadanan itu —

(a)

boleh dipertuduh dan dibicarakan bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu;

dan

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan —

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 39

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

Section 52 — AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN 2004